Semester 3: ✔

Saturday, January 23, 2016

Boleh kata semester paling tough aku hadap sepanjang berada kat UniKL ni. Awal-awal semester macam biasa laa semangat lebih. Masuk pertengahan dah separa down. Ceit!

This time less problems with people as most of them dah sekali untuk beberapa semester lepas dah so dah tau dah yang tu perangai camne yang ni perangai camne. Semester 3 ni aku amik tujuh subject rasanya - Statistics, Digital Audio Video, Web Design, Digital Animation, Communication English 2, Mandarin 2 and Visual Basic .Net Programming. Aku awal awal semester tengok je Mandarin tu dah ugh malas gila! Hadap je laa.

Jadual okay je since aku awal awal dah tukar group yang sebenarnya Mandarin hari Sabtu aku pindah jadi hari Khamis. Tapi pack gila lah Khamis aku dari 10 pagi sampai 7.30 petang! Semester ni rumah kitorang agak jauh kedalam Segambut which kalau dulu kampus ke rumah dalam 10-15 minit je sekarang atleast 20 minit. Tapi okay la dengan harga kot. Idk asal boleh duduk aman damai kira okay lah. So let's me describe my semester ikut subject ye.

Statistics

Aku taktau pehal tapi since first time madam kitorang masuk kelas aku terus jadi ugh why whyyyy! Entah kenapa aku just tak suka cara dia mengajar. Tapi dah aku yang nak belajar, hadap je lah. Respect your teacher is compulsary!

Awal awal semester enjoy je subject tu. Not really susah pun. Just refresh balik apa yang dah belajar masa SPM and kat CFSIIUM. So mostly alhamdulillah lah boleh buat. Masuk second half semester, masuk la part pening kepala susah nakmati. Ada tu satu kelas aku takdatang terus tak dapat tangkap apa benda satu chapter tu weh! Masa exam aku follow je step eventho aku taktau apa aku buat sebenarnya.

Digital Audio Video

Subject ni best! Lecture macam biasa ah masuk kelas dengar je. Selalu masuk lambat. Masuk masuk duk depan sekali main phone pulak! Jahanam. Tapi aku paham gak sikit sikit so not bad. Heheh

Lab dia pergh best gila! Sir yang mengajar pulak muda lagi and also bekas student situ jugak. Dia memang sporting habis! Sempoi je mengajar kitorang. Lab DAVP ni kitorang belajar cara guna Adobe Soundbooth, Premiere and After Effects. Aku before ni memang tak main sangat dengan video sebab part post-processing dia berat sangat laptop tak mampu. Tapi since belajar benda ni lagi syok main video.

Awal semester kitorang kena sound dub any video yang jumpa kat internet. Aku buat Lion King versi Kelantan. Jahanam! Haha. Sound recording tak berapa okay, pastu keje last minute memang hancur ah. Then assignment kedua kena buat promotional video which is promote event or some place gitu. Aku at first berkejar ke Shah Alam untuk rakam Puma Night Run tapi sampai sana ribut! Sempat rakam sikit je sebelum event tu sendiri cancelled due to bad whether. So, next other day aku pegi yang pagi pagi hari punya event pulak - iSetan Birthday Run kat Taman Tasik Perdana je. Alhamdulillah berjalan lancar. Link video kat SINI.


Teman member buat promote video.

Project untuk subject ni pulak is short video - music video atau shortfilm. Aku and geng buat short film! Cerita aksi. Haha pengalaman betul buat short film ni. Really challenging! Seminggu tulis jalan cerita tulis script. Then another week shooting. Ceritanya less than 10 minutes je! Pengalaman nak arah orang berlakon. Pengalaman brainstorm idea untuk shot angle semua. Pengalaman kena tahan dengan guard Quill Mall sebab guna kawasan tanpa inform diorang dulu! Gila part tu. Nasib baik tak kena apa apa. Alhamdulillah masa presentation day berjalan lancar walaupun aku sendiri agak tak puas hati dengan editing yang aku buat but its enough to make the spectators keep on watching till end.

Sekarang ni aku tengah remake cerita tu. Tengah susun balik and edit balik sebab nak bagi aku puas hati hahaha. InsyAllah lepas siap semua nanti aku upload dalam Youtube.

Bersama geng KAER dan lecturer paling sempoi pernah wujud! Haha

Web Design

Ini pun aku kinda enjoy je flow dia. Dalam lecture memang kelaut. Kadang kadang je follow up. Why? Sebab duduk belakang sekali. Kelas punya ramai orang aku pulak pilih untuk seat belakang sekali. Agak menyesal but at the same time enjoy. Hahaha. Lagipun ada something dalam kelas ni. Lecturer pun lek sporting je.

Masa lab enjoy! Buat website guna dreamweaver. Memang dah lama nak belajar dreamweaver ni tapi malas nak explore now siap ada lecturer lagi explainkan. Masuk lab just follow je coding dia until one day project kena buat website. Perh! Baru laa nak paham itu apa ini apa. Kalau tak memang menyalin je keje. Haha. Designing website agak best kalau ada idea. Buat coding dia pun kinda fun. Tapi most of the time aku try and error je. Jadi, jadi lah. Tak jadi, coba lagi! Huhu.But overall memang aku puas hati lah dengan apa aku buat. Hehe.

Digital Animation

Heh this one quite tough. First first masuk lab aku punya laptop belum ada Adobe Flash. So pakai pc lab je then tak save pulak. Next few weeks okay je lancar. Then come the project. Aku pulak memandai bijak sangat pi pilih nak buat sorang je. Time buat jalan cerita syok je buat. Kemain panjang ceritanya. Sampai part nak kena realisasikan animation tu? Puih mampuih aku nak buat. Kena lukis character. Hah dah la bab melukis aku fail. Huhu.

Pastu one day before presentation day, aku punya file project tu pulak crash! Takboleh bukak! Habis cara dah buat still the same. Gila memang nak give up je rasa. Ye lah project saje cover banyak percent of marks and takde final exam. Means aku memang bergantung kepada project tu je. Nasib baik madam paham and bagi seminggu untuk buat balik. Yes from scratch! Aku dah laa fed up nak hadap. Tapi kubuat jua. Huhu. Dapat la present, and madam cakap terus kat aku tolak 10 marks sebab lewat. Nasib la asalkan ada marks je.

Communication English 2

Yang ni aku takberapa nak ingat cane sejarah dia. Haha. Tapi okay jugak lah. Paling aku ingat presentation aku still terrible! Cakap laju kemain tapi tak clear! Laju laju kau nak pegi mana mangkuk! Haha. Tapi enjoy je la. Time ni kitorang group assignment buat research on FIFA vs PES. Respondent ramai both laki and pompuan.

Then second half of semester lecturer tukar orang. Masuk second half ni main untuk prepare cari kerja pulak. Kena buat mock interview! Sumpah seram sejuk sebelum interview tu. Tapi masa interview alhamdulillah okay je. Sir siap tanya lagi aku pernah interview ke sebelum ni. Haha of course takde yang dalam english and fully formal gitu. Biasa biasa ada la.

Mock interview with Sir Sepp.

Mandarin 2

Ini gila! Hahahaha.

Daripada semester sebelum ni lagi aku kenot go dengan mandarin ni. Berbelit lidah berpusing jari woo nak master. Kena semester ni kelas petang 430 petang sampai 630 petang. Puhhh lagi laa lemau! Nasib baik sir rilek gila gila. Sir soal aku, sir sendiri jawab jawapan dia. Hahaha. Kelas dia asyik masuk lewat je. Gila betul. Pastu mandarin ni ada song performance ikut kelas. So kira satu kelas kena perform satu lagu mandarin. Kelas kitorang nyanyi lagu romantic! Haha slow gila. Pastu ada la buat training. And aku takpernah pergi pun training tu! Kahkahkah!

Ni ada gambar group lain je. Time aku perform takde pulak gambar hm.

Masa hari performance, kalut aku taktau nak buat apa kat atas pentas. Dengan lagunya kurang ingat. Haha. Nasib baik sikit je gerakan takde laa nampak awkward sangat. Walau barai, tetap enjoy! Hahaha

Visual Basic .Net Programming

Hee this is one of my fav subject. Entah kenapa since IIUM lagi aku minat benda ni tapi kat IIUM dulu 2 kali repeat bro! Haha but never give up! Alhamdulillah awal awal semester memang enjoy benda ni. Memang lecturer dah taknak panggil aku kedepan sebab nak orang lain yang jawab. Ada sekali haritu dia bagi quiz dia suh aku kedepan jawab kat meja dia, then minit minit last dia bagi bukak nota tapi aku nak nota apanya aku kat depan sana! Ceitt cuak gak aku sebab aku tak sure sangat apa aku buat. But it went well. Alhamdulillah.

Masuk part part last aku pun dah slow down. Pening masuk bab database. Mostly try and error. Aku tak tau kenapa certain coding jadi and certain tak jadi. Ada sekali tu orang mintak tolong ajarkan dengan aku aku pusing kenapa tak jadi sedang coding sama kat laptop lain jadi. Nak buat cemana aku pun dah blur minda and mata. Haha. But in the end everything went well so alhamdulillah. :)

Hopefully lebih banyak futsal semester depan please. Nak sepak bola. Hahah.


So habis part subject. Life? Most day same je. Macam semester semester lepas jugak. Sejuk aku lari ke tangga. Haha and aku still prefer turun tangga daripada ramai ramai dalam lift. Except memang dah penat gila. Tak selesa aku ramai ramai dalam lift. Hahah.

Dean List's Award Ceremony. Alhamdulillah. *never gonna be comfortable in front of camera. acca-awkward*
Tak dinafikan memang semester 3 ni lagi tough lagi padu dari semester sebelum ni. Kelas 4 hari - Isnin - Khamis. Dua hari awal pagi, dua hari pukul 1030. Pagi jugak. Stress tu takyah cerita lah, selalu je menjengah. Tapi aku try control je lah. But tak selalu aku dapat control. Ada satu pagi tu aku stress aku pi baling phone aku. Refleks. Aku ingat slow je, sekali barai! Benda dah jadi, teruskan je lah hidup. Aku pun taksangka aku boleh meletup gitu.

See? Berhuhuhu je lah.
Ada satu benda ni. Tapi malas nak reveal sini kakakakaka! Tu je lah kot. By this time result semester tiga ni dah keluar. Tapi aku takut lagi nak check so biar je dulu kejap. Doakan dapat yang terbaik untuk aku and member-member lain! InsyAllah :)


You Might Also Like

5 comments

  1. Ko tade crush ke tak update pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. crush dah crash dalam lombong nak update apa. hahahahahaha

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Haha blah ah kau. Aku teringin nak tgk pasal crush kau ni tony haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah nak crush crush sangat. masuk semester 4 ni kalau crash mampos! hahahaha

      Delete