Nasi Bujang: Cara sedia sup bujang express!

Wednesday, August 19, 2015

Assalamualaikum w.b.t.

Haa this time for the first time aku nak share cara masak la sikit. Orang kata resipi! Haha. Cara memasak untuk mereka yang takde masa hadap dapur lama lama dan yang malas!

SUP BUJANG EXPRESS!

Sup bujang biasanya kosong je kan. Inikan pulak yang express lagi la kosong! Tapi don't worry, rasa sup tu tetap ada.

Bahan-bahan:
Kiub pati ayam.
Bawang goreng.
Daun sup.

Cara-cara delevigne (;P) :

1.   Masukkan 2 cawan air kosong ke dalam periuk. Panaskan.
2.   Dah nampak panas sikit, masukkan kiub pati ayam (aku kerat dua satu kiub tu. Jimat! Tapi ikut sedap rasa korang lah) kedalam periuk tadi.
3.   Kacau sampai kiub pati tadi dissolve completely (Ceh chemistry sgt ayat dia! Haha). Sampai hancur sebati sampai lumat. Gitu haa! Takperlu gula garam dah, dah cukup rasa dah tu. Nak baling gak ikut suka lah.
4.   Campakkan seberapa banyak bawang goreng deme nak.
5.   Cincang halus daun sup and baling jugak ke dalam periuk tadi. 

Settle! Dah boleh hidang dengan penuh yakin!

Nasi bujang!
p/s: telur dadar tak jadi v.v

Okay tu je hari ni. Saje nak bagi ada update je sebenarnya. Hehe. #cutidahnakhabis

You Might Also Like

0 comments