Tiga bulan!

Tuesday, August 25, 2015

Assalamualaikum w.b.t.

 Hi guys. Cuti dah nak habis dah. Haa setelah lebih kurang tiga bulan menepek kat rumah, akhirnya cuti berbaki dua minggu je lagi. Huhu...

 Since masuk CFSIIUM tahun 2012 dulu tak pernah aku cuti lama lama ni sampai la UniKL bagi cuti 3 bulan bermula Julai lepas. Mereput gak lah aku. Haha. Buat apa entah sepanjang cuti ni. Kalau cuti kejap dulu pun sempat ke Perhentian satu hari tahun ni maybe tak dah. Kekangan ekonomi serta kecuaian dalam berbelanja. Huahuahua.

 First month alhamdulillah berjaya menjadikan Ramadhan yang terbaik buat aku sepanjang hidup ni. Takde lah tiap pagi bertahajjud, tu tipu ah diri aku. Huhu. Walau puasa pun futsal ada lah dua tiga kali join dengan geng Maahadians ni. Lama kot tak berfutsal sebelum nih. Maklumlah dulu kat UIA main free je, sekarang dah duduk rumah sewa semua benda duit bro. Sakit sikit nak berfutsal pun. Huhu.

Futsal Raya dengan Maahadians.
 Then RAYA! Agak kalut gak la raya kali ni sebab kakak aku dah kerja so plan nak bagi biaq semua berkumpul sekali tu agak susah, then nak balik beraya kat Johor lagi. At last, kakak aku beraya sehari je kat Kelantan then esoknya dia balik KL, kitorang balik Johor. And raya kali ni setiap masa dengan camera hahah. Pagi pagi raya lagi dah shooting dengan semua family. Sakit gak nak organize bagi cantik. Panas pulak tuh. But everytime looking back at the photos, sure will be smiling. Hahah. Balik Johor pun sama dengan kamira je. Boleh la prektis sikit sikit nak bagi skill makin tajam. Hehe. Duit raya? Alhamdulilah boleh tahan la walau dah cecah 21 tahun. Hopefully tak berkurang lah untuk tahun tahun akan datang. Haha boleh simpan buat tabung kawin! Oppsss. Hahahahaha

Pagi raya!

 Then lepas raya kejap, cuti dipenuhi dengan buat lesen kereta pulak. Dari zaman CFSIIUM lagi aku dengan lesen ni. Tak settle settle. Hahah. Barai poket! Dengan harga baru ni pulak lagi barai. Nasib baik lesen L masih boleh renew so jimat la sikit. So total lesen aku kali ni RM880. Same story as lesen motosikal dulu, aku bawa moto bawa kereta ni first time masa buat lesen lah. So agak awkward jugak la, lambat jugak biasakan diri. But smooth je. Hahah. Yang malasnya lesen ni part menunggu turn kita. Kat akademi memandu tu punya ramai orang, pergi pagi lagi jam 9 pagi terpacak sana register. Turn akunya pukul 12 nu. Fiuuuuu bosan menunggu beb! Harap main phone je lah plus cuci mata sikit. Hahahaha. So sekarang ada lagi balance 9 jam latihan, and cuti tinggal 2 minggu je. Entah sempat ke tidak.

 Sekarang pun dah slow slow organize trip balik KL semula dah. Since rumah lama dah terminate contract so kena la cari rumah baru. Lama beb cari rumah baru ni. Ye lah KL tu mahal mahal je, mana kitorang mampu! Last last jumpa gak, alhamdulillah. Problem is date masuk rumah 5 September ni which is just two days before start kelas kitorang. Yeah agak kalut la jadinya nanti kan. Tu yang tengah plan biar smooth je nanti. Nak angkut moto ni lagi dari KB ke KL. Barang-barang pun boleh tahan banyak.

Err ni gambar hiasan. Hahah. Mangsa aku tiap kali takde idea nak shoot apa, Haha!

 Tu je lah bebel kali ni. Tengah tunggu match Arsenal Liverpool sebenarnya ni tu yang bebel sini sikit. Haha. Tak sabar gak la nak start new semester ni. Budak budak kelas rasanya yang sama je so not really excited to see the class but the eagerness to learn the new things. Hopefully aku dapat kekalkan momentum lah dalam pointer aku, insyaAllah. So, guys see you when I see you ya! Bye! #COYG

You Might Also Like

0 comments