Penang Solo Travel - Part III

Friday, January 22, 2016

Now part three - last part solo trip aku kali ni. Ayuh!

Pagi, 8 January 2016.

Awal pagi bangun kaki still rasa letih lagi. Plan aku harini just nak naik bus Hop On Hop Off then balik KL itu je. Simple.

Menyelusuri pagi di lorong lorong Georgetown
Seawal jam 0800hrs aku dah checkout motel, maka berat lah sikit bebanan harini sebab muatan banyak atas belakang ni. Pagi aku terus breakfast nasi kandar kat depan motel je. Malas nak jalan jauh, serius kaki letih gila. Lepas makan terus gerak ke Padang Kota Lama atau lebih spesifik aku ke Jalan Tun Syed Sheh Barakbah sebab kat situ ada stop Hop On Hop Off. Maka menantilah aku di bawah dedaunan pokok kat situ bersama ada lagi dua pelancong asing yang juga menunggu bus double decker tu.

Dalam jam 0940hrs gitu bus sampai. Memula ni naik City Route which yang akan pusing dalam bandar. Fee naik Hop On Hop Off ni RM19 for 24hours. So dalam tempoh 24 jam tu kau tunjuk je ticket tu masa nak naik tak kira mana mana bus Hop On pun sama ada City Route atau Beach Route. Aku duduk kat dalam je masa naik City Route ni sebab panas lit lit bakhang pagi tu. Sampai kat stop Gurney Drive aku turun tukar bas naik Beach Route pulak sebab memang plan aku untuk pusing pantai je hari tu. Bas Beach Route ni baru aku duduk kat open deck walau panas best sebab berangin. Rasa macam naik moto tapi takpayah helmet. Haha.




Sepanjang jalan enjoy je view. Tepi pantai dia perh lawa! Jalan jalan tepi pantai pulak terbaik ah kalau dapat bermotor layan corner. Maybe one day datang naik motor lah pulak kot haha! One thing aku curious kat sini is maksud 'Kesian'. Haha why? Sebab aku jumpa "Kesian Homestay" and "Kesian Cafe". Aku dah pelik pehal nama gitu, homestay untuk orang orang kesian ke cemana?

Best woo berangin!


Nampak tak 'Kesian' tu? Haha

Aku tak reti nak selfie sebenarnya hahahaha!

Tengahari, 8 January 2016.

Dalam pukul 1200hrs habis la round pantai so aku turun la kat Gurney Drive tadi tunggu City Route bas untuk balik nak kejar ke Jetty pulak. Plan nak naik bas balik KL pukul 1430hrs. Tapi apa yang jadi is bas tak muncul-muncul huhu aku taktau la aku salah tunggu ke cane tapi sampai pukul 1300hrs takde jugak. So aku decide hm jalan kaki je lah. Tengok la maps - 55 minutes of walking. 55 minutes bro. Kuredahi jua. Sampai kat Esplanade Padang Kota tercabut kaki kepala pusing panas gila haritu! Sampai sana ada laa dalam pukul 1415hrs gitu so dah usai solat Jumaat la kan. Aku yang letih nak mampus ni pikir balik hm cari bas pukul 1530hrs je lah. So stop makan recharge energy dulu. Kali ni aku makan Mee Sotong Goreng, ke Mee Goreng Sotong entah apa nama aku and order Coconut Shake. Coconut Shake sumpah sedap pepanas gitu! Tak cukup satu order lagi satu! Haha.

Penantian di Gurney Drive.

Habis je makan terus berlari kejar bas CAT - Central Area Transit. Bus ni free of charge tu yang berlari haha. Sebab nak pegi Jetty je macam tak jauh sangat pun. Sampai jetty terus tunggu feri. Time tu dah mengantuk gila and letih gila. Feri free je naik.

Adios Penang!


Petang, 8 January 2016.

Kat belah Butterworth aku pun ke stesen bas cari tiket. Bus Transnasional jam 1645hrs je ada. So beli je lah dah takde lagi awal nak buat cemana. Stesen bas dia serba kurang sebab under renovation kot. iRedha. Dalam perjalanan balik most of the time aku tidoq je, perjalanan pulak hujan lagi la layan tido. Alhamdulillah jam berapa entah, 2200hrs kot aku sampai Hentian Duta.

The End.

Next destination? Hm...

You Might Also Like

0 comments