Tugasan Pertama Hodak

Sunday, March 04, 2012

Assalamualaikum w.b.t.

  Apa pulak Hodak ni? Spesis baru ikan todak kah? HAHA. Untuk mereka yang tak kenal Hodak, let's me introduce him to y'all.

Bojan Hodak
  Full Name: Bojan Hodak
  DOB: 4 May 1971
  POB: Zagreb, Croatia.
  Teams Managed:
          Little League Soccer SG (2000-2002)
          NK Trnje Zagreb (2002)
          Little League Malaysia (2002-2005)
          UPB My-Team FC (2006-2009)
          Phnom Penh Crown (2010-2011)
          Shandong Luneng (2011-2012)
          Kelantan FA (2012- ????)

  So, dah kenal kan. As y'all knows, sebelum ini The Red Warriors telah kehilangan seorang jurulatih yang cukup baik dari pandangan aku seorang fans TRW iaitu Peter James Butler. Beliau yang kurang berpuas hati dengan pihak pengurusan KAFA yang sering bertukar-tukar pemain import mendorong beliau untuk meninggalkan kelab tersebut. Pada 28 Februari 2012, KAFA telah menamatkan kontrak beliau selaku ketua jurulatih TRW setelah kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat. Butler menerima keputusan itu dan gembira kerana kemelut yang melanda dirinya dengan KAFA dapat diselesaikan dengan baik.

  Pada 4 Mac 2012, Butler telah digantikan dengan jurulatih kelahiran Croatia ini, Bojan Hodak, yang juga CEO ARMY. Malam ini merupakan tugasan pertama beliau selaku jurulatih Kelantan FA yang baru. TRW yang akan menentang Negeri Sembilan di halaman sendiri pasti memberikan tekanan kepada Hodak yang mungkin masih belum 'sehati sejiwa' dengan pemain-pemain TRW. Rekod sebelum ini menunjukkan kali terakhir TRW menang menentang N9 adalah pada 1 Mac 2011 dengan kemenangan 3-0 namun rekod terbaru yang menyaksikan Kelantan tewas 1-2 pada perlawanan Piala Sumbangsih 2012. Hodak yang juga terpaksa melupakan khidmat penyerang sensasi Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha apabila beliau terpaksa direhatkan ekoran kecederaan yang dialami semasa perlawanan Piala FA menentang Sarawak.

Antara aksi pertemuan Kelantan & N9. Gambar oleh Arthelance

  Dua bekas penyerang T-Team, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan, Ramzul Zahini Adenan dan penyerang import yang masih belum menunjukkan bisanya, Nwoha merupakan calon-calon yang bakal menggerakkan barisan hadapan The Red Warriors malam ini. Dengan pertukaran jurulatih ini pasti memberikan corak permainan yang berbeza dengan yang sebelum ini. Desas-desus kuat menyatakan bahawa gandingan Norfarhan dan Indra Putra pasti menjadi pilihan terbaik buat Hodak dan meletakkan Ramzul sebagai supersub. Barisan tengah yang pastinya bakal dikemudikan Kapten TRW, Badhri Radzi mampu memberikan sokongan terbaik kepada barisan penyerang.

  I hope penyokong-penyokong The Red Warriors sama-sama datang memenuhkan segenap ruang yang ada dalam stadium keramat kita, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Walaupun perlawanan ini disiarkan langsung oleh pihak Astro Arena diharap tidak menghapuskan semangat peminat TRW untuk ke stadium. Sama-samalah kita menyokong dan berharap The Red Warriors terus berjaya dan lebih berjaya.
GOMO KELATE GOMO!

Barisan Ramalan KELANTAN FA v N9 oleh WawanFaiz.com

------------Khairul Fahmi-----------

-----------Obinna--Subra----------

Daudsu-----------------------Zairul

-----------------------------------

-----------Badhri(C)---Shakir----------

Chanturu------------------------Nurul

------------------------------------

---------------Indra-----------------

-------------------Farhan-----------

Supersub : Ramzul Zahini 



myPREDICTION:
The Red Warriors: 3 (Badhri, Farhan, Ramzul) - (Effa Owona)1 :Negeri Sembilan

You Might Also Like

0 comments