LIVE di Stadium!

Sunday, March 11, 2012

Assalamualaikum w.b.t.

  Hohoho... =)) Malam tadi was the first time aku masuk tengok match The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (SSMIV). Mulanya idea ni datang when dapat tahu match Piala FA Kelantan lawan KL ni tak ada LIVE di mana-mana siaran tv Malaysia. Oversea ?? Puii, lagi la tak ada. HAHA xD.  So, aku call la seorang kawan, Hanif. As I know, beliau selalu je tengok live kat sana. Tanya la dia pasal harga tiket and beliau pergi tak. Beliau jawab, "kalu mu g aku g la". Apa lagi, aku tengah semangat nak pergi ni, kira jadi lah. Hehe =))

  Keesokan hari yakni match day, aku pergi la ke SSMIV untuk beli tiket. HOHOHO. Habih RM45 cash! =.=' Aku beli tiga tiket Terbuka (RM15), untuk aku, kawan & adik aku sorang. Sebenarnya aku mintak 3 tiket Astaka, tapi itu Uncle jaga kaunter kasik 3 tiket terbuka. Sama ada aku yang salah sebut atau itu pakcik tak dengar. Dah ada kat tangan, bayar je lah. Bukan berbeza sangat pun. =D. Dengan hati yang gumbira ku pulang ke rumah.

Tiket Piala FA.

  Petang tuh dah janji dengan Hanif jumpa dekat Hospital Pakar Perdana jam 7.15pm. Time nak bertolak tuh pulak, adik aku nih tetiba malas nak pergi. Dammmnnnn!! Siang hari tadi semangat nak pergi. Petang ni malas pulak. Haktuiii! So, aku jual tiket tuh kat bapak saudara aku, dia bagi siapa, aku pun tak tahu. Berbaju Nikon dan berseluar jeans lusuh, aku straight ke Pakar Perdana tuh. Woahh! Banyak kenderaan oi. Ramai sungguh manusia. Maybe sebab faktor cuti sekolah dan tak ada siarang lansung tuh yang ramai berduyun-duyun ke SSMIV tuh. Siap bawak satu family lagi.

  Kitorang jumpa kat belakang hospital and parking kat rumah seorang lagi kawan. Agak selamat daripada parking tepi-tepi jalan yang mungkin sudah ditunggu oleh PENCURI MOTOSIKAL! Sila parking kenderaan anda sebaik mungkin dan pastikan semuanya dikunci kemas! Pesanan daripada **** =D. Kitorang pergi solat Maghrib dulu kat surau then jalan kaki ke stadium. Aku sebenarnya kesian kat Hanif ni, kaki beliau sakit tapi still kuat untuk jalan kaki jauh-jauh. Siap berbalut lagi kaki dia. Pukul 7.50pm dah kat dalam SSMIV. We sat kat puncak stadium dekat belakang gol. View amat JELAS! =)) Dalam pukul 8.30pm, stadium dah padat. Kata orang-orang kat situ dah lama dah SSMIV tak padat camtuh. Ni sebab aku datang la nih, that's why ramai je yang datang. Wakakaka! xD

SSMIV. Ado meh-II Emirates Stadium d0p? HAHA

Bukan jail nih, just pemeriksaan masa masuk SSMIV.

  Jam 8.50pm baru kick-off, 1st eleven TRW macam lawan Sarawak last week je. Daudsu pun dah main selepas dapat cuti beberapa hari due to accident. Persembahan Badhri Radzi (kaptenn marbeless!) memang macam biasa. TIPTOP! Ramzul still kurang menyerlah, macam malas je beliau nih. Barisan pertahanan TRW pun agak excellent. Yang paling best tengok skill-skill pemain yang diloankan TRW ke KL, Zacharia Charara. Terbaik skill beliau, larian pun bagus. Rugi TRW kasi pinjam ke KL. Tapi, player yang dah ada pun bagus. =D  ... Separuh masa kedua Nwoha dan Nurul Azwan Roya dimasukkan. Prestasi Nwoha semakin baik. Ada cubaan ke arah gol dan ball control pun baik. Cuma larian beliau kurang sikit. Minit-II last Piya dikeluarkan dan Rizal Fahmi dimasukkan.

  Keseluruhan game memang best. Menarik! Tak bosan. Full time Kelantan menang dengan keputusan 3-2 hasil jaringan oleh Norfarhan, Indera Putra dan Piya. Lama jugak stadium ni nak kosong selepas game. It was a great atmosphere. Laungan sorakan dan tepukan gemuruh serta ketukan gendang memeriahkan SSMIV. Memang BEST!
Penuh! Penonton 25000. =))

Next match Piala FA -  TRW v KL SPA (24 & 27 March 2012)

                                                                                                                                                   GKG! 

p/s: on the way balik rumah kena tahan roadblock. Pak polisi mula-mula minta lesen. Then belek-II. Ingatkan nak lepas dah. Dia suruh tunjuk roadtax pulak. Dah la simpan dalam box bawah seat nih. Melambatkan betul la uncle polis nih. Lain kali minta semua sekali. Ini minta sikit-II. HEHE. Jangan marah =P


You Might Also Like

0 comments