Sang Rusa Tumbang!

Monday, March 05, 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Perlawanan Liga Super 
Kelantan v Negeri Sembilan

Kelantan 1st XI: Khairul Fahmi (GK), Daudsu, Subra, Obinna, Zairul Fitree, Chanturu, Shakir,
Badhri Radzi (C), Indra Putra, Ramzul Zahini, Norfarhan.

Negeri Sembilan 1st XI: unknown. =P

FT: Kelantan : 2 (Piya; m2, Chanturu; m92) - (Shakir Ali) 1 : Negeri Sembilan

Ramzul & Danny X-Factor selepas match.
Gambar daripada DUNIA WARRIORS!

  GOMO KLATE GOMO!! Tahniah kepada players TRW kerana berjaya menundukkan juara Piala Sumbangsih 2012. Walaupun terpaksa menunggu ke minit-minit akhir, perjuangan Red Warriors berbaloi apabila jaringan kemenangan muncul pada minit ke-92 hasil jaringan pemain yang terkenal dengan jolokan Kelantan Express, S Chanturu. Kapten Kelantan yang berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 menaikkan semangat para pemain dan penyokong-penyokong yang memenuhi SSMIV.

  Walaupun TRW bermain tanpa beberapa tonggak utama ekoran kecederaan, namun mereka tetap berjaya menundukkan N9 pada perlawanan yang dilihat agak perlahan. Penyerang Kelantan, Ramzul Zahini hampir menjaringkan gol apabila tandukannya hanya melewati tiang gol lawan menerusi sepakan percuma Badhri Radzi. Separuh masa kedua tampak lebih berbisa dengan kemasukan Nurul Azwan Roya (ganti Indra) dan Nwoha (ganti Ramzul). Gandingan dua pemain gantian ini berjaya menghasilkan dua atau tiga percubaan tepat kearah gol.

  Sementara itu, pemain Kelantan dilihat banyak mengalami kecederaan. Pada perlawanan tersebut, Subra terpaksa dikeluarkan pada penghujung separuh masa pertama apabila mengalami kecederaan dan digantikan oleh pemain kebangsaan, Farisham Ismail. Indra Putra Mahayudin juga dilihat mengalami kecederaan apabila beliau digantikan dengan Nurul Azwan Roya. Beliau terhincut-hincut semasa berjalan ke tempat duduk pemain. Semoga mereka cepat sembuh dan bersedia untuk perlawan pertama AFC pada 7 Mac ini di SNBJ menentang Navibank Saigon. Kelantan kini menghuni tangga teratas liga super dengan 20 mata.

TAHNIAH The Red Warriors dan Coach Baru, Bojan Hodak! GKG!

TSAM mengumumkan para pemain TRW bakal mendapat iPhone 4S. Congratz!

♥ TRW!

You Might Also Like

0 comments