Bye SPM, Hello Holidays | Rancang Cuti Korang!

Sunday, December 16, 2012

Assalamualaikum w.b.t.

 Apa cerr semua? Sihat?

 Memandangkan SPM2012 dah tamat, so happy holiday la aku ucapkan to all SPM2012 candidates yang dah bebas tu. Jangan pulak dah bebas korang terus bebaskan diri anda dengan bebas sebabasnya! Ingatlah bahawa kita semua hanyalah hamba kepada Allah SWT. Segala kewajipan sebagai Muslim wajib dituruti. Segala kemungkaran minta jauh-jauhkanlah. insyaAllah.


 So lepasan-lepasan SPM semua dah plan ke belum apa nak buat dalam around 6 months cuti nih? Sure ianya satu jangka masa yang panjang & berharga. Bagi yang still tak tahu nak isi dengan aktiviti apa cuti nih, korang kena isi dengan benda yang berfaedah. Aku lepas SPM dulu pun takde lah isi dengan aktiviti berfaedah sangat and lepas tu mula la menyesal. Kenapa tak buat tu? Kenapa tak buat ni? Memang korang akan menyesal la kalau tak guna sebaik-baiknya masa nih. Tapi make sure semua dapat izin parents dulu. Jangan nak buat sendiri je, mana tahu parents dah plan apa-apa untuk kita. So let me suggest you guys some beneficial activities.

Kelas Bahasa (English, Arab, Mandarin or etc)

 Biasanya parents akan menyarankan anak-anak diorang untuk mengisi masa cuti nih dengan pergi ke kelas intensif bahasa. Tahu-tahulah kerja kat mana-mana sekarang ni sangat lah memerlukan pekerja yang berkemahiran dalam banyak bahasa terutamanya English & Mandarin. So, untuk memudahkan korang semua diterima kerja lepas habis pengajian universiti nanti, korang kenalah daftar kelas-kelas bahasa ni. Lagi satu, sebelum korang semua amik degree dekat mana-mana universiti Malaysia korang kena berdepan exam MUET. MUET ialah Malaysia Universiti English Test where korang mesti pass exam nih untuk teruskan pengajian di universiti-universiti Malaysia nih. Kalau luar negara pun kena jugak, macam TOEFL dan IELTS.

 Di samping tu, kelas-kelas bahasa sebegini akan melatih korang untuk menjadi lebih berani untuk membuat presentation atau perbentangan semasa menuntut di pengajian tinggi kelak. Dalam kelas bahasa tu nanti sure korang kena present dekat depan orang ramai dalam team yang ditetapkan. Practice make perfect! So kelas begini amatlah membantu korang semua membuat persediaan untuk menempuh alam universiti yang tak lari daripada presentation-presentation. Dalam pada masa yang sama jugak, korang boleh la membuat kawan baru semasa kelas tu memandangkan kelas-kelas sebegini belajar dengan santai je. Tak ada tension-tension.

 Pun begitu, kelas macam nih biasanya tak semua mampu untuk mendaftarkan diri memandangkan bayarannya agak tinggi. Biasanya mampu memcecah RM300 untuk 3 bulan pengajian. But its worth it! Ramai member-member aku join kelas-kelas macam ni dapat pengalaman baru, kawan baru dan keyakinan yang lebih tinggi. So, discuss baik-baik dengan parent korang untuk join. Jangan terlalu memaksa pulak. Aku sendiri pun tak join kelas ni semua. Agak tak mampu kot~

Kerja

 Aku rasa yang paling common student-student lepasan SPM pikir adalah benda ni. KERJA! Sebab dapat duit, right? Tapi tak seperti yang dijangkakan. Heheh. Lebih-lebih lagi kalau yang pemalas macam aku nih. Kalau korang nak kerja make sure korang bersedia untuk menepati syarat majikan. Jangan pulak kerja mula pukul 8 pagi, pukul 8.30 pagi tu duduk bergolek atas katil lagi. Yang paling banyak syarikat terima kerja adalah syarikat-syarikat pasaraya and kedai makan. Kedai macam KFC, McDonald's or Pacific Hypermarket mudah je kot nak terima budak lepasan SPM nih. Lagi-lagi kalau ada kenal orang dalam. Heheh. Tapi aku tak sarankan korang pergi kerja dekat syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Isreal pasal nanti ada timbul problem pulak. Tahu-tahulah dengan situasi sekarang ni.

Gambar oleh FiqFidaiyPhotography

 Lagi satu dalam bab kerja ni, maybe korang nak teman lah kan untuk mula-mula nih. So, maybe korang boleh ajak sorang dua kawan untuk kerja sekali. Baru lah tak bosan or malu sangat masa awal-awal tempoh bekerja tu. Lagi pun korang bukan kerja lama sangat. Result keluar dah berhenti la kot. Jangan jadi macam aku sudah, sehari je masuk kerja then stop. MALAS! Ni pun kira pengalaman penting jugak nih. Untuk memudahkan korang biasakan diri dengan kerja nanti lepas alam universiti. Maklumlah lepas-lepas graduate bukannya terus naik jadi bos kan. Perlu mula dari bawah.

Belajar Agama/Pondok

 Budak-budak sekolah agama biasanya ke sini. Sebab nak teruskan lagi pengajian mendalami ilmu agama. Korang yang bukan sekolah agama pun amatlah dialu-alukan untuk belajar ilmu agama. Ilmu untuk semua bukannya mengira darjat atau umur. Lebih-lebih lagi ilmu fardu 'ain yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam. Bagi yang macam tak mahu duduk kat pondok-pondok, at least join ceramah-ceramah agama di masjid-masjid tertentu sudah cukup. Tak pun hafallah lah al-Quran sepanjang cuti nih. Semoga semua daripada kita menjadi insan yang berguna kepada agama dan orang lain. insyAllah.

Buat Lesen Kenderaan

 Lepas SPM ni mostly budak-budak laki dah ada lesen motosikal, right? Bagi yang takde lagi boleh la ambil lesen motosikal sekali terus dengan lesen kereta. Jimat sikit sebab biasanya kalau ambil dua terus akan ada harga pakej yang mana lebih murah. Bagi yang perempuan ni pulak biasanya terus ambil lesen kereta. Kaya betul diorang. Heheh.

 Kalau dah ada lesen kan senang nak pergi mana-mana. Jangan pulak lepas ada lesen tu terus tak nampak batang hidung kat rumah. Just guna kenderaan untuk pergi tempat-tempat yang perlu je. Tak perlu la nak join race-race yang illegal nih. Buat habis duit buat lesen beli moto or kereta je. Lagi bagus kalau korang pergi tolong parents korang beli barang, hantar & ambil adik-adik korang sekolah or tusyen. Dapat jugak pahalanya. Nak lepak-lepak dengan member pun boleh tapi jangan la sampai seminggu tu tiap-tiap hari habiskan masa dengan member je. Luanglah masa dengan famili jugak ye!

**aku sendiri pun takde lesen kereta lagi sebenarnya**

Suri Rumah Je

 Kalau dah tak tahu nak buat apa jugak tuh korang jadi suri rumah pun takpe. At least korang dah ringankan beban parent korang. Memasak, basuh baju, jemur kain, kemas-kemas rumah, hantar ambil adik pergi sekolah/tusyen. Kan? Dalam masa yang sama korang boleh upgrade skill memasak korang tu. Lagi-lagi bagi yang perempuan tu. Sambil-sambil layan MasterChef memasak la sekali. Bukan tengok rupa peserta MasterChef je. Heheh.

 Yang lelaki pun tak salah kalau memasak dan buat semua kerja-kerja rumah ni kan. Dapat pahala taw! Lagi-lagi korang masuk universiti nanti pun bukan ada parents or pembantu rumah yang nak uruskan hidup korang. Korang sendiri jugak. So, berlatih-berlatih la daripada sekarang. At least tahu memasak, tahu basuh baju, tahu gosok baju sudah. Takde lah nanti menyusahkan roommate gosok baju kau pulak!

PLKN!

 Bagi siapa-siapa yang dapat panggilan PLKN nih jangan nak moody sangat lah. Pergi je. Tak payah nak excuse-excuse. Semua member aku yang pergi PLKN ni bagitau best gila program ni. At first memang la hidup susah sebab tak biasa. Tak kenal maka tak cinta kan? Huhu. So just pujuk diri korang untuk accept je hidup PLKN nih. Nanti lepas habis PLKN baru korang tahu betapa beruntungnya korang dipanggil untuk Program Latihan Khidmat Negara ni. Tak kiralah kena dekat kem mana sekalipun, just enjoy je. Ada member aku sorang nih, siap jumpa kekasih lagi masa PLKN. Sampai sekarang masih couple taw. *semoga berbahagia selalu* Aku pun pelik jugak macam mana cinta boleh berputik masa dalam program nih sebab aku sendiri tak kena PLKN nih. Aku pun single mingle lagi sampai sekarang. eh! Lari topik pulak =P
So just enjoy it k!

korang tak jealous ke? aku pun kalau boleh nak menembak taw!

Habiskan Masa Dengan Hobi

 Ni bagi yang ada hobi yang agak outstanding boleh la spend time korang dengan hobi masing-masing. Macam aku yang gilakan photography ni memang tiap-tiap hari tajamkan skill ambil gambar and editing tapi sampai sekarang still level sama je kot. Member-member aku pun ada yang pergi kelas-kelas melukis sebab diorang minat melukis. So, korang boleh la buat hobi masing-masing ye!

 Yang mana hobi tidur, makan or 'facebook'ing or 'twitter'ing je tak payah nak spend the whole holiday untuk ni lah ye. Bazir masa je. Cari hobi lain. Macam... Yang lain lah! :P


>>>>>>>>><<<<<<<<<

 Itu je lah kot yang dapat aku share kali ni. Dah puas pikir tapi tak keluar-keluar jugak idea lain. So make sure korang semua aktifkan cuti anda. Jangan duduk terperap je dalam rumah, sebab nanti korang mesti, PASTI akan menyesal kelak. Dah masuk universiti mula lah cakap - alaa rugi tak buat bla...blaa...blaa masa cuti dulu. Memang dah takde guna lah kalau masa tuh baru nak menyesal. Masa itu emas! So use it wisely.

Happy holidays semua! 

You Might Also Like

0 comments