TRW: Hero Dok Gaduh

Saturday, May 25, 2013

Assalamualaikum w.b.t.

 Alhamdulillah. Syukur! Tahniah kepada pasukan kesayangan aku, The Red Warriors yang berjaya membenam Terengganu dalam perlawanan semi-final perlawanan pertama FA Cup 2013 tadi. :)

 Match bermula pantas namun kegagalan pertahanan Kelantan mengekang gerakan daripada Ashaari Shamsudin menghukum pihak tuan rumah apabila tandukan pemain Terengganu menerjah gawang melewati Apek. Tak sampai 10 minit perlawan, pemain Terengganu, Ismail Faruqi terpaksa diusung keluar akibat
kecederaan. Match terus pantas bergerak dengan Kelantan mengawal keseluruhan perlawanan.

 OPPSSS, aku bukan nak ulangtayang match TRWvGanu ni. Just nak summarize sikit je. Hee :D


So, bagi aku perlawanan kali ni banyak dipegang oleh pemain Kelantan. Namun, ketumpulan jentera serangan Kelantan dan kemahiran goalkeeper Terengganu banyak menghalang TRW menjaringkan gol pada awal permainan. Bahagian tengah yang diketuai Kapten Marvel, Piya banyak menghasilkan peluang-peluang kepada barisan serangan namun semuanya tepat ke arah Sharmiza (GK Terengganu). Kelibat pemain pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim juga dilihat membantu serangan Kelantan dengan overlapping-overlapping yang dilakukan beliau.

 Pertukaran pemain pada babak kedua permainan ternyata membuahkan hasil apabila Dickson Nwakaeme (menggantikan Fakri) berjaya menjaringkan gol penyamaan Kelantan pada minit ke-79 permainan. Kesungguhan dan semangat tak mahu kalah pahlawan-pahlawan Kelantan ternyata menggembirakan seluruh penyokong Kelantan apabila berjaya membenam Terengganu 4 - 1 sekaligus membawa bekalan yang selesa untuk perlawanan timbal balik di Terengganu, 28 Mei ini. Jaringan Kelantan dihasilkan oleh Dickson Nwakaeme (m-79), Indra Putra (m-88), Obinna Nwaneri (m-92) dan Zairo Anuar Zailani (m-94).

Dickson Nwakamea cuba memberikan kata-kata semangat kepada kepada Sharmiza Yusoff setelah tamat perlawanan.
Foto: ShazliShamsuddin Photography

 Tahniah! Congratulations kepada semua pemain-pemain dan jurulatih The Red Warriors di atas kemenangan bergaya ini. Ternyata usaha dan kesungguhan pemain dibalas dengan kemenangan yang bermakna. Semoga Kelantan berjaya ke final FA Cup 2013! Insya-Allah :) #GKG #TRW

You Might Also Like

0 comments