Susahnya Nak Fokus

Sunday, January 26, 2014

Assalamualaikum w.b.t.

 Hai makhluk-makhluk rajin membaca sekalian. Camne weekend anda anda semua? Best? Weekend aku kali ni takde apa yang best. Poket kempis, so berkabung dalam kampus je la. Hoho ~

 Hari ni dah dua minggu kelas mula. Even though schedule aku takde lah pack sangat, tapi letih tu still ada. Lagi lagi kalau kelas masa siang hari. Pergh! Menjadi-jadi mengantuknya. And sometime kelas awal pagi pun down jugak. Haish. Bagi aku fokus masa kelas sangat penting. Ye lah kalau tak fokus memang tak paham la kan subjek yang kita belajar tuh. Lagi-lagi kalau benda yang kita belajar tu adalah something new to our life. Besides, sometime bila dah 100% fokus dalam kelas ni, lekat lama sikit dalam kepala. So lepas kelas boleh enjoy! Hehe. But apa yang students tak tahu adalah - bila kita bagi tumpuan dalam kelas or masa lecture, ia membuktikan bahawa kita ni seorang yang berdedikasi. Fokus kita juga menunjukkan kita ni seorang yang matang dan has a solid level of self control. So tadi ada la aku spend time sikit buat research on how to keep our attention in class. Ada la dua tiga website yang bagi points that I found interesting.

 First of all is - Get enough sleep! Kita manusia. Bukannya robot yang dapat buat itu ini secara berterusan. Even robot pun perlu recharge battery, so were manusia. Cuma kita takperlu battery, tapi rehat. As a student, kalau boleh dapatkan tidur malam seeloknya 8 jam setiap malam. Nak tidur awal memang susah. Lagi-lagi kalau kaki blog or kaki twitter. Pukul 2 pagi pun muncul lagi kat timeline. HAHA. So, what to do? Try setiap malam awalkan tidur. Kalau biasa lelap pukul 2 pagi, try to sleep pukul 12 pulak. Put aside all your device, nanti menggangu pulak. And before sleep, teguhkan niat untuk bangun seawal mungkin and bayangkan apa nak buat pagi tu. InsyaAllah terjaga right on time! Kalau bangun before Subuh lagi bagus. :)

 2nd - Breakfast. Ingat! Breakfast korang tak perlu berat-berat pun sebenarnya. In fact, kalau makan berat terus nanti lagi mengantuk pulak dalam kelas. Paling baik, ambil roti dua keping + milo segelas. Kalau staying kat asrama or mahallah or hostel, bangun la awal-awal pagi okay. So sempat la nak breakfast before kelas mula. Takde la rushing ke sana sini. Well actually yang ni aku sendiri pun jarang buat sebenarnya. --'. Tapi takpe sama-sama kita jayakan lepas ni. Hoho ;D

Dapat Honey Stars lagi best! Fav aku ni :))

 3rd - Read before the class.  This one aku agak bersetuju. Sebelum kaki masuk ke kelas, at least tahu tajuk apa yang kita akan belajar hari tu. Lagi baik kalau baca sekali lalu chapter tu. So that bila dalam kelas kita akan nak tahu lebih banyak pasal benda yang kita dah baca sikit tu. Lagi satu kita akan dapat ready soalan lebih awal untuk tanya lecturer bila ada sesuatu yang kita takpaham. Takde lah kita melopong je dalam kelas sambil otak pikir - "Mende apa la ni... haih". Haha. Sometime bila kita dah baca dapat gak kita jawab soalan yang lecturer tanya. Lagi-lagi kalau ada someone dalam kelas tu yang kita nak impress. Haha. Memang nampak sedikit show off, tapi kita akan lebih tertarik untuk belajar benda tu. Eventually it will benefits us. :D

 4th - Rid yourself of any distractions! Phone calls, sms, twitter. Semua benda tu letak tepi dulu. Kelas paling lama pun 3 jam je aku rasa. So takdenya mati takde semua tu dalam 3 jam. Ada member kata phone lagi bagus kalau takbawak and tinggal kat bilik je, tapi bagi aku lagi baik ada phone all the time. Well, malang tak berbau right? So just silence kan phone masa kelas. Kalau boleh jangan duduk dalam kelompok member yang terlalu ramai. Nanti sibuk berbual pulak masa lecturer mengajar. Ada la benda member nak bagitau. Kalau boleh duduk dengan sorang member dekat cukup. At least kita ada someone untuk bertanya if takpaham and someone untuk keep us focus throughout class session. Sometimes even benda kecil gila pun kita dah terganggu fokus. Otak dah alert sangat nak buat camne kan? Tapi alert bagus, makes us selalu berhati-hati.
Tengok tu. sms. calls. twitter. semua ada. hang camna? ;)
 5th - Take note! Rajin-rajin kan lah diri korang untuk buat nota. Nota taklah bermaksud salin semua apa yang lecturer tulis kat depan. Tapi apa-apa yang korang rasa penting even benda tu taktertulis kat depan pun. Macam aku, aku rajin menulis. So semua keyword yang lecturer sebut aku salin. Bukan salin semua okay. Keyword je. Lagi satu salin nota ni dapat elakkan aku daripada ngantok. Sometimes lukis pon boleh. As long as korang paham apa yang korang buat. :)

 6th - Participate! Whatever event dalam kelas, join! When lecturer ask question, jawab! Takfaham, tanya! Aktifkan dirimu. Aha. So bila ada apa-apa dalam kelas don't be too malu or malas untuk participate. Jadi student yang aktif and bukannya pasif. Bila kita bertanya benda tu akan lebih kekal lama dalam minda kita. Benda-benda macam ni actually akan melatih soft skill kita which is important bila dah kerja nanti. Bila dah kerja nanti communications are very essential.

 7th - Kalau rasa mengantuk, minum air or pergi tandas and basuh muka dengan air sejuk. Jangan biar rasa mengantuk meluaskan kuasanya. Haha. Tapi jangan pulak keluar ke tandas, setengah jam kemudian baru masuk balik. Itu nikhirim namanya! Hahaha


So tu je la dulu buat masa ni. Nanti kalau ada tips untuk benda lain aku share lagi. Ni pun dah kelaut sebenarnya focus aku masa tulis benda ni. Panjang sangat plus dah mengantuk ni. Huhu. So, enjoy your class and selamat malam! Assalamualaikum...

Let's enjoy our weekend! Lek ah, harini hari Ahad kott. HAHA
 

You Might Also Like

4 comments

  1. interesting , paling setuju gila " Rid yourself of any distractions! " , tidur tak kesah dlm lec pon bleh tido jugak,,haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut la selalu tido lwat. pegi tido dlm lec rupenye. hahaha

      Delete
  2. Fokus..? susah kali tu fokus..haaa

    ReplyDelete
  3. Me, kalo ngantuk lam kelas..alhamdulillah bleh kawal lagi .nak sampai tahap tersengguk tu ,susah gak aa hehee. agak bernasib baik jgk, sbb kkdg2 ada yg mudah tesengguk kan. ke guane boh? :D

    ReplyDelete