Short Trip to Kuantan.

Tuesday, December 17, 2013

Assalamualaikum w.b.t.

 It's cuti sekolah again! Maka banyaklah majlis kahwin majlis nikah yang berlangsung di serata Malaysia. Last two weeks, if not mistaken, dua orang rumet aku terlibat dengan majlis pernikahan ahli keluarga mereka. And last week, it's my turn. Whoa?! My turn? Hoi bukan turn aku kahwin la! Turn aku untuk terlibat dengan perkahwinan saudara la. Hehe

 Seorang sepupu aku telah selamat diijabkabul pada 8 Disember lalu, tapi majlis persandingannya baru diadakan Ahad (16/12/13) lepas di Kuantan. So petang Sabtu, aku dengan kakak aku and 2 sepupu aku gerak dari KL ke Kuantan. Well awal perjalanan agak kalut sikit sebab aku tertukar stesen bas. Di tiket hanya tertera Stesen Kuala Lumpur pukul 4.30 petang, so, aku pun takpasti stesen mana. Yakin dengan info member, aku awal gerak ke Pudu Sentral. Untuk mendapatkan kepastian aku tanya kaunter tiket bas tu, Plusliner, and turn out to be the wrong station! Katanya bas aku ni kat Pekeliling. Nasib baik aku gerak awal sikit. Masa aku tanya tu dah dalam pukul 4 petang and lagi setengah jam bas nak berlepas.

 Pantas aku sms kakak aku melapurkan kesilapan tu. *Note: Kitorang gerak asing-asing. Aku sendiri dari PJ, kakak aku dengan kereta member dari Gombak, dua sepupu aku hmm taktahu dari mana. HAHA... Masa dalam LRT nak ke Pekeliling aku terjumpa dengan dua sepupu aku, Yayah & Ina. Dalam pukul 4.15 petang, kitorang sampai Stesen Titiwangsa yang mana bersebelahan dengan Stesen Bas Pekeliling ni. Masa aku sampai tu, kakak aku belom sampai lagi and katanya blur taktahu cara nak ke sini. Adeh. Apa boleh buat tunggu je lah, aku pun taktahu selok belok jalan KL ni. Masa ni bas dah ada on the scene. Tunggu nak jalan je la. Alhamdulillah dalam 4.30 kakak aku sampai and 5 minit kemudian bas jalan. Bismillah...

 Perjalanan smooth takde masalah. Masa kat Karak terserempak dengan geng KTM Duke and beberapa Kawasaki. Perghhh meleleh aku! Wajib beli suatu hari nanti, InsyaAllah :)

Tengah fell in love dengan menatang dua tayar ni! ZX-6R 636 ;)

 Dalam pukul 8 malam bas tiba di Kuantan Sentral Terminal. Turun, solat then tunggu. Tunggu tuk bapa saudara mai ambik. Aku melilau-lilau sekitar stesen nak cari TV pasal game Arsenal v City nak mula lagi beberapa minit. And takjumpa TV. And lebih menyayat hati, Arsenal kalah malam tu. T.T. #COYG ! So, dalam pukul 9 lebih sikit kitorang sampai kat rumah bapa saudara kat Beserah. Kereta dah berderet kat luar rumah. Maklumlah semua sedara-mara dah sampai. 5 buah kereta semua sekali. Satu dari KL, tiga dari Kelantan and satu yang dah memang kat Pahang. Malam tu kitorang enjoy makan BBQ. Semua makanan ada! Sotong, ikan, udang and even ketam! Hoho. Bila lagi nak merasa semua ni. Kat mahallah jangan harap ah, tetiap malam nasik bujang! Hahaha

 Esoknya majlis persandingan tu berlangsung. Aku lupa pulak nama tempat majlis tu diadakan. Yang aku ingat Taman Biologi eh? Entah taman apa aku pun lupa. Environment dia okay la. Cuaca baik and langit cerah. Alhamdulillah. Before kitorang ke tempat majlis, singgah kejap di stesen bas. Beli tiket kami berempat balik KL petangnya nanti. Ingat nak balik selewat mungkin tapi apakan daya tiket paling lewat ada pukul 3 petang je. So nasiblah...

 Ni antara gambar yang sempat aku shoot dengan Nikky aku yang injured ni. Boleh tahan laa resultnya even kena crop bahagian atasnya. Haha...

Sepupu-Sepapat!

Nayli

Ina & Yayah

The Pengantin - Faiz & Aien

Ki'kun or simply kek!

 Petang tu kitorang gerak ke Kuantan Sentral Terminal. Sampai 4 buah kereta hantar kitorang ke stesen bas untuk balik KL! Hoho terharu jap sebab ramai yang mai hantar. Macam nak fly jauh je. Hahaha. Apapun memang best! Even taksampai 24 jam pun bersama keluarga, sedara-mara but it's worth every second of it. Alhamdulillah ...


**For more photos, pegi fb aku kat SINI!

You Might Also Like

0 comments