Cobaan Bulan Ramadhan

Wednesday, August 07, 2013

Assalamualaikum w.b.t.

 Hai. Macam mana puasa anda-anda semua tahun ni? Terawikh buat istiqamah tiap tiap malam tak? Huhu :)

 Alhamdulillah, hari ni cukuplah sebulan semua umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi aku, puasa tahun terasa sungguh cepat berlalu. Maybe sebab sibuk dengan kelas dan aktiviti di CFSIIUM buat aku terasa terlalu cepat bulan yang penuh mulia ini berlalu. Alhamdulillah juga kerana aku taktinggal pun sahur kali ini. Walaupun selalunya hanya dengan beberapa butir kurma dan air kekadang bersama roti, sahur tetap penting kepada kita kerana itulah yang membezakan kita dengan umat-umat lain:

  “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” -  Sabda Rasulullah. Riwayatkan oleh Imam Muslim.

  So, minggu lepas aku balik hometownku - Wakaf Bharu. Perjalanan lancar tanpa sebarang kesesakan. Tapi agak takbest perjalanan aku kali ni sebab silap takbeli tiket awal-awal. So, terpaksa lah aku terima je apa-apa seat yang available masa beli tu. Aku beli tiket 10 Julai lepas - and masa tu satu-satunya seat yang available ialah seat atas belakang sekali. T_T. Biarlah asalkan aku dapat balik ~

  Sampai je rumah, terus tanyakan lens and motor aku. And both of them are not so good. Lens aku walaupun dah sebulan siap takde siapa-siapa pun yang berkesempatan untuk pegi ambil. Motor aku pulak bocor. Haih. Memang takgerak mana-mana lah aku. Dua hari lepas tu baru aku pergi repair motor and ambil lens kat Kota Bharu. Perghh jalan memang sesak gila. Penuh! Dengan panas lagi >.<'

 And ujian paling latest and aku rasa paling terasa kehilangannya - semalam. Petang semalam aku keluar pergi shopping cari seluar kejap kat KB Mall. Sambil tu aku pergi tukar size baju adik aku sekali. Sebab duit aku agak banyak, so aku belikan sekali phone case untuk Iphone 4 ayah aku. Beli yang biasa-biasa je sebab yang beliau guna sekarang pun dah lunyai dah. So dalam jam 6.00 petang aku siap la shopping mopping kat situ.

 On the way balik, aku terpesona dengan sunset petang tu. So aku stop la kejap kat masjid yang tengah under construction lagi dekat Pasir Pekan. Majestic jugak la masjid tu - Masjid Sultan Muhammad V kot. Aku pun takpasti apa nama masjid tu. So aku turun motor and ready to ambil gambar lah dengan Nikky aku nih. Tengah-tengah shoot tu tetiba phone aku terjatuh daripada casing aku yang agak hancur dah. Mula-mula dia sangkut lagi kat earphone aku, aku tarik nafas lega. Fuhh. Nak sambar je, pappp jatuh! Jatuh saja takpe, ni terus ke dalam longkang besaRRRrrrr yang tutup dengan konkrit pulak. Hmmm. Nasib badan T_T

 Nombor-nombor phone, catatan nota yang banyak gila dalam tu, benda benda pasal club - semua HILANG! Takdapat buat apa gak. So aku start motor, balik ~

 Maybe ada hikmah dengan segala ujian bulan puasa tahun 1434H kali ni.
  Assalamualaikum . . .


You Might Also Like

0 comments