Ceritera Final FA Cup
Monday, July 15, 2013
#This is not the story of how The Red Warriors play. But more to how I was there. :D
#Ini siaran tertunda ~
Hai semua. Ape cer? Sehat? Yang mana orang Kelantan GOMO KLATE GOMO! ;P
By the way, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN al-MUBARAK.
By the way, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN al-MUBARAK.
"Yuhh Ayuh Ayuh... Ayuh
Kelateku. Hari ini kita mesti menang!"
Perghh still terngiang-ngiang lagi suara bersemangat pemain ke 12 The Red
Warriors beberapa hari lepas. Rakaman yang aku rakam masa perlawanan final FA
Cup yang hampir hampir aku buang dek kerana SD Card aku rosak and tetiba pagi
ni detected by my Asus and sepantas kilat aku copy semua files dalam tu so that
tak hilang buat kali keduanya. Alhamdulillah :)
Perjalan ke Final FA Cup buat
pertama kalinya untuk aku sangat best! Eventhou tiket aku beli tu is soo damn
expensive, still its worth it. Dalam sehari before match, a friend of mine,
Piji ada inform aku pasal tiket ni. RM60 satu. Dalam taknak aku tetap reply nak
sebab memang nak sangat pergi SNBJ kali ni. Match TRW kat Kota Bharu dah banyak
kali aku tengok live di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (SSMIV). Tapi match final
aku tak pernah pegi pun lagi walaupun dah banyak final Kelantan main before
this. So why not this time right? :D
Setibanya hari kejadian aku bangun
awal. Mandi, siap-siapkan kamira and myself. Lens pinjam member sebab lens aku
still tak siap service lagi. Nasib baik dapat pinjam. Kalau tak aku tak pegi
kot. Hoho. Dalam pukul 11 lebih aku gerak daripada CFSIIUM. Masa tu pakai baju
T-shirt purple pasal baju merah takde yang ade kolar. And syarat nak outing
kena berkolar. So baju Arsenal aku kusimpan dalam beg DSLR yang dah serba berat
tuh... Naik bas, then LRT ke Masjid Jamek. Tapi before that, masa aku dah kat
pagar besau CFSIIUM tuh baru teringat yang aku lupa nak ambil bateri DSLR aku
yang aku charge semalaman. PERGHHH! Letih siottt patah balik tu. ( _ _ll) Tapi
takpe, demi kamira :))
Kat LRT Masjid Jamek mula lah
nampak fans The Red Warriors yang lain. Ramai jugak lah. Semua datang in group.
Anak beranak. Member member. Memang agak meriah la kat LRT Masjid Jamek tu. Aku
kat situ dalam one hour, pasal tunggu geng dari UIA Gombak - Ajad and Piji +
Muiz. Padahal diorang yang sms aku awal awal lagi, last last aku jugak yang
ternanti nantikan bebudak ni. Then, kitorang pegi penuhkan perut kat McD dulu.
Dah kat Bukit Jalil nanti susah nak makan. So better isi perut first. McD
Masjid Jamek agak menurun ke bawah tanah sikit. So line kat situ takde. No
twitter, no facebook, no instag! Kalau nak buat talk or ceramah boleh sangat
lah, baru tumpuan tak kelaut. HAHA!
1400 hours - kitorang gerak ke Stadium
Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Naik LRT je. Naik je kat platform. WOW! Penuh
dengan makhluk berbaju serba merah & segelintir berbaju biru pink. Memang
pack ah koc dengan penyokong dari Kelantan and Johor. Semua bersemangat! :DD
See! Penuh gila. Sampai sampai je siap ada sorakan lagi. Huhu :)) |
Sampai je kat LRT Bukit Jalil
dengar sorakan padu daripada mereka meraka yang dah sampai. Penuh kat stesen tu
dengan fans bolasepak negara. Memang jadi bersemangat gila aku pun. Kat muka
pintu stesen, berkumpul dengan geng geng sekolah dulu. Most of them dah ada
tiket dari macam macam harga. Ada yang dapat dengan harga asal RM40 and ada
jugak yang mahal lagi daripada aku punya. Ni semua kerja ulat tiket la ni ;( .
Kitorang pusing pusing stadium dulu and sambil cari cari tiket untuk member
member yang still takdapat tiket. Memang padat ah kat SNBJ tu. Merah. Biru.
Semua ada. Muka dengan contengan negeri masing masing. Lelaki. Wanita. Semua
bersemangat!
1700 hours - semua dah dapat tiket.
So apa lagi !? MASUK laa ;) . Security gitu gitu je. Aku ingat betul la nak
masuk dia check codebar kat tiket. Rupanya pakai lalu gitu je. Then soal pasal
beg sikit then tadaaa! dah kat dalam SNBJ. Masa kitorang masuk tu 3/4 part seat
penyokong Kelantan dah penuh. Cuma level 3 SNBJ je yang kosong kat bahagian
supporters TRW. Bahagian JDT masih banyak kosong. Maybe diorang dekat je so
takde lah sampai awal sangat ke KL ni. Ade member aku dari Kota Bharu pukul
0930 pagi dah ada kat sini dah. See, awal gila! Kitorang duduk kat tepi screen
level 2. Sight baik punya. Belakang gol :D
Dalam pukul 1800 gitu bahagian
Kelantan dah 90% full tapi masih ramai yang berpusu pusu masuk. Kitorang pergi
solat Asar kat surau SNBJ yang punyalahh 'BESAR'. Penonton bapakkk ramai tapi
surau. Pergh 'BESAU'! Ramai dari fans solat kat bawah tangga je berlapikkan
bendera and papers. Aku solat maghrin pun bawah tangga gak. Siap berjemaah
lagi. First time woo! :) Alhamdulillah walaupun sesak sesak amalan wajib tetap
dijalankan. Sepanjang dari jam 5 petang sampai la game habis, penyokong dua dua
belah pasukan tak putus putus nyanyi chanting masing masing. Tapi, honestly,
geng JDT memang mantop! SERAGAM! Kesatuan tu memang terbaik ah. Fans TRW macam
agak lost sikit. Maybe sebab dah lama naik, so masing masing dah ada style
tersendiri. Tu yang berterabur sikit. Tapi still dua dua team supporters memang
GEMPAK!
2045 - KICK-OFF!!!
Dari pandangan aku, Kelantan memang pegang game. Kawalan bahagian tengah yang
diketuai KAPTEN MARVEL ternyata berada pada kelas tersendiri. Short pass.
Through ball tepat. And defend yang peka ternyata memberi tekanan kepada JDT.
Yang paling aku WOW! ialah dengan player no. 9 Kelantan. Fakri Saarani.
Perghhh! Terbaik ah performance beliau malam tu. Rajin berlari mencari bola.
Gerakan yang makin lama makin baik. Banyak peluang dia dapat, tapi goalkeeper JDT
juga pantas membaca gerakan beliau. Ada satu passing tinggi daripada Piya dari
tengah padang tepat ke kepalanya namun keeper JDT sempat menolak keluar bola
tersebut. Fans jugak tak henti henti nyanyi lagu yang aku tulis atas tadi.
Terharu aku berada dalam environment tu. Rasa nak nangis pun ada. Terkesima!
Satu stadium bingit dengan laungan sorakan kitorang. Gol kemenangan yang hadir
pada minit ke 16 ternyata menaikkan lagi semangat penyokong yang dah pun tinggi
melonjak. Ayuh Kelate Ayuh dan GOMO KLATE GOMO makin kuat dinyanyikan.
Gomo Klate Gomo! |
Tamat perlawanan, Kelantan 1 – 0 Johor
DT
So, habis perlawanan kitorang tak terus serbu LRT. Kitorang amik gambar duluuuu! And aku lah man behind every photos. Hihi. Dalam pukul 12 tengah malam baru lah kitorang gerak ke LRT Bukit Jalil. Tu pun masih sesak sesak dengan lautan manusia yang nak balik. Nasib baik kitorang semua dah ready awal awal beli token and aku pulak dah ada kad MyRapid. So, bersardin lah kitorang dalam LRT tu. Alhamdulillah perjalanan lancar, dua-dua penyokong ada kat dalam LRT tu and kitorang OK :)
30 minutes later...
Sampailah di LRT Masjid Jamek. So from there kitorang tak terus balik kampus masing masing tapi terus stay together sampai pagi. Malam tu kitorang duduk kat Masjid As-Syakirin KLCC. So sampai situ je ceritera Final FA Cup aku :D
K for Kelantan. This is Kelantan! |
Bye. Assalamualaikum w.b.t
0 comments