What's On Your Phone?

Sunday, August 10, 2014

Assalamualaikum w.b.t.

Just a little sharing.
Yang mana pakai smartphone tu, which I guess 90% of you are, manfaatkanlah.
Jangan duk install benda mengarut je. Install apss yang berfaedah sikit. Sikit pun jadi lah.

Ni antara apps yang aku selalu guna;

Facebook: Be friends or follow orang orang yang kita nak jadi. Contoh: kalau minat photography, join group photo, add/follow master photography. So that kita dapat tau sikit sebanyak perkara tentang benda tu.

Twitter: Selain follow geng-geng kita, follow sekali news and education profile. Atleast tengah buang masa scroll timeline, ade lah sikit general knowledge masuk.

Instagram: Yang ni jangan duk follow ramai sangat, nanti cepat habis quota! Hahahaha.



Notes app: Tulis segala apa yang terlintas dalam otak. Train jari taip dengan laju and train otak tangkap benda penting. Try dengar lagu and taip lyric dia. Sekarang dah 21st century, what do you expect akan jadi pada tahun tahun mendatang? Semua technology. Pergi dengar talk, then try to type every points that's important. Biar penuh note dalam apps tu. Free time nanti baca balik.

Dropbox: Yang ni pun aku selalu jugak guna. Assignments, documents or notes buang dalam ni. Senang nanti bila bila nak akses buka internet notes ada dalam tu. Takde laa alasan "alaa note dalam pendrive, dalam hdd" whatsoever. Tapi space dia limited lah. Kaya, ada duit boleh upgrade. Hahah

Calendar: Apps calendar tu bagi bermakna sikit. Selain save birthday mak abah pakwe makwe, save la jugak date exam, date hantar assignment, date meeting. Bayar phone mahal mahal tak nak guna apps apa guna. Rasa kaya sangat la tu ?! Phui

Remote PC: Ini ada banyak jenis, aku guna BT Remote PC really helpful masa presentation yang guna laptop. Korang boleh control lappy dengan guna smartphone tu via bluetooth. Takde laa tercengang depan lappy tekan 'next' halang view audience nak tengok layar skrin tu. Its free. Tapi kalau berbayar punya version lagi banyak kegunaan dia. Dunia, semua nak duit.

MySolat: Info untuk waktu solat wherever you are. Quran tak berape feel baca dalam phone, lagi feel pegang quran sebenar. :)

Office suite / PDF reader: Mesti ada! Senang nak view docs. Tengah duduk dalam tren or teksi or tunggu pakwe datang baca la note kejap.


Recorder: Yang ni pun guna gak. Masa dengar talk/speech on je. Sambil tu type la isi penting dalam notes. Yang taksempat nanti dgr balik. Easy.

Maps/Waze: Nak gi mana mana senang. Boleh teroka sendiri takpayah tanya makhluks lain. Ade kaki ada tangan ada otak ada smartphone, jalan! Dah umur 18/19/20 dah, try to stand on your own. Terkadang bila sesat lagi kita ingat jalan tu. Tapi tengah malam jangan duk try. bahaya!

MyTeksi: Ni duduk memana area KL ni senang panggil teksi. Kekadang ada promosi.

Flipboard: Ini best! Pilih topic korang minat, nanti ada news from that topic. Boleh tambah knowledge.

Maybank2u/Cimbclicks: Senang nak cek balance, nak transfer or nak ape ape je la on internet banking. Takde lah beratur panjang kat atm, semata nak check balance? Apa jadahnya. -.-

VSCO/Snapseed/Pixlr: Sebab aku minat photography tapi takde natang dslr tu, pakai menda ni best. Hari hari edit touch up photo. Hahahaa. Then up insta, then tunggu like. Pathetic! Aku la tu. Kah! -.-

GSC/TGV cinemas: Nak tengok muvi plan awal sikit. Takde la pegi beratur lama lama sampai depan tiket habis. Menangis. Takde guna. Padan muka. Habis masa. Balik.

Wordsearch: The only game yang aku ada. Macam best. Games dalam phone macam takbest bagi aku. Lagipun cepat makan battery. Nak game, on laptop, on pc. Bukak FIFA. Let's the game begin! ;)

Hmm, itu je la kot aku yang selalu guna.

Jangan duk takut sangat nak guna benda benda ni. Takut habis battery lah, habis yang powerbank besar gedabak bawak kehulu hilir buat mende? Beli mahal mahal guna lah!

Biar celik IT sikit otak tu. Manfaatkan teknologi yang ada, biarlah guna apps trial je pun. Haha. Tak terasa ke nak ada technology macam muvi Iron Man? Kadang kadang apps dah ada dalam phone, tapi takpernah guna pun. Explore sikit phone sendiri tu. :)

Kita semua future leaders, insyAllah. And future bukannya zaman batu. Tengok tahun 2004 phone mostly takde touch screen lagi, now TV pun dah touchscreen. Lagi 5-6 tahun? Wallahuallam. Korang invest ratus ratus sometimes ribu on phone, takkan lah setakat nak guna front camera buat selfie je? Takkan nak scroll twitter and play CoC je? Be smart! :)


Okay now cer cuba try share apps korang selalu guna pulak? ;)

You Might Also Like

1 comments