Bergolek Ke Rantau Panjang

Monday, January 06, 2014

Assalamualaikum w.b.t.

 Hi semua! Well rasanya masih belom terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 tuk semua rakyat jelata sekalian. Haha.

 Hari ni aku and beberapa kerat member yang lain pergi Pusat Bebas Cukai Rantau Panjang or simply known as RP dikalangan anak muda mudi remaja remaji. Plan asal daripada yang mengajak kata nak pergi naik moto je pasal takde kereta. Aku memang excited ah pasal dah lama dah nak travel jauh sikit dengan 'Kawasaki' aku ni. HAHA.

'Kawasaki' tersayang. Hujan panas tetap bersama. ;)

 So pagi tadi meeting point kat sekolah lama dulu - Maahad Muhammadi Lelaki. Dalam pukul 10 aku sampai, katanya pukul 10 nak gerak. Sampai sana dah ramai jugak la yang dah ada. But change in plan, some of them naik kereta. So aku berdua dengan member lagi sorang naik moto je ke sana. Duk borak-borak, gerak sana-sini, dalam pukul 11.30 jugak baru gerak. HAHA. Well jam Melayu taklah tepat sangat right? Aha ;)

 Golek tayar kejap je then hujan renyai mencurah turun. Aku jalan je pasal hujan renyai je pun. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa masalah. Based on masa recorded kat watch aku, start dari sekolah sampai la ke Bandar Rantau Panjang - 1 jam 03 minit. Well ni first time lah aku tuju satu tempat dengan moto ambil masa sejam. Syok jugaklah merempit ni. Tapi yang taksyoknya moto aku pegi setakat 100kmh je. Wave 110RS je pun, so memang padan lah kan. Takde lah sakit belakang pon. Okay je. Best ride lama-lama ni, lagi-lagi telinga sumbat earphone, duk berkaroke lah aku. HAHA. Dalam perjalanan dua tiga kali jugak la hujan mencurah, tapi taklebat la. Gitu-gitu je.

 Sampai RP, aku memang takde target pun nak shopping apa. Rasanya semua dah ada setakat. Aku ikut pun pasal nak ride jauh je besides boring melepak kat rumah. Haha. So kat sana aku follow member je lah, mana diorang pegi, situ lah aku ada. Aha. Banyak gak nampak bebudak ni shopping. Aku sekadar belek-belek je. Jalan punya jalan then terserempak dengan geng CFS yang lain pulak. Ramai jugak bebudak ni pegi RP hari ni. Cemana la boleh terclash plan tu. Haha. Taksampai lima minit selang, jumpa pulak dua member sekolah dulu pulak. Shopping barang member katanya.

 Lewat tengahari sikit, hujan lebat pulak mencurah-curah. Nasib baik posisi helmet and sweater aku letak okay. So takde la basah dua perkakas journey aku tuh. Parking pun kat open space je so takde bumbung mahupun atap menutupi moto aku. Redha je. Kata riders, mesti kental! Hahaha XD Tunggu hujan stop dulu, then sambung shopping sikit pastu kitorang gerak pulang ke teratak masing-masing.

Lepas makan-makan, bergambor la sikit kann. Haha. ig: @rabbaniruslan

 Cuaca masa balik okay. Panas je. Well on the way home tu singgah kedai makan jap. Tangki perut pun nak di isi gak. Haha. Kedai makan apa entah aku pun lupa. Tapi okay la makanan dia. Kenyang and berpatutan. Lepas tu masing-masing tuju destinasi tersendiri. Aku terus pecut balik. Takut hujan kembali mencurah. So gitu la entry kali ni. Oh! And aku habis gak RM10 kat RP tu, beli belt ganti yang dah hancus sekarang ni. Haha. Tahap nazak dah belt sekarang ni, so beli la baru. 10 ringgit je pun! ;)

You Might Also Like

0 comments