Broga Hill Dengan Rumet
Saturday, September 07, 2013
326 Ekstrem!
Assalamualaikum w.b.t...
Ho ho ho! Apa macam
weekend anda-anda semua? Haa last weekend aku rasa paling best bagi aku
sepanjang kat CFSIIUM ni . Nak tau kenapa? Hah baca arh sampai habes… ~ :3
Untuk satu jangka masa yang agak panjang ah, aku dah simpan
cita-cita nak pegi daki Bukit Broga kat Semenyih, Selangor. Daki? Hmm daki lah kott. Hehe ~ So, aku
plan impian menggunung aku tu dengan rumet aku, Mock. And luckily beliau pun
kinda excited to make it happen, so everything planned J. Aku cari keta, beliau ayat
rumet-rumet yang lain to join. Hoho. First-first
ingat nak lancar weekend ni (7/9 – 8/9) tapi pasal masing-masing ade komitmen
lain minggu ni so kitorang awalkan jadi masa Hari Kemerdekaan, dengan harapan
kurang orang yang naik sana.
30 Ogos 2013,
3.30pm – Aku, Mock, Adib and Faisal gerak dulu dari CFS sebab nak pegi amik
kereta daripada kakak Adib and satu lagi sewa dari Gombak. First kitorang gerak
Kampung Baru dulu dengan LRT pegi tempat kakak Adib. Hmm katanya kereta taktahu
ah buruk ke tak tapi ada kena langgar kat belakang and takrepair lagi. Hah
sekali sampai kat situ – Perghh! Myvi! Mantop jugak ar. Nampak baru lagi. Kesan
langgar pun sikit je. So from there kitorang pegi ke LRT Taman Melati untuk
amik satu lagi kereta. Myvi ni Adib bawak sebab ni kan kereta kakak dia. Hihi.
Dengan bantuan daripada GPS, perjalanan kitorang agak lancar :)
Adib with his Myvi |
5.00pm – Kitorang sampai LRT Taman Melati. Aku call
orang sewa kereta tu. Beliau suruh tunggu pasal kereta still kat penyewa lain
and maybe stuck in jam ( _ _ll). Hampeh. Then dekat ½ hour later, dia sms pulak
suruh pegi tunggu kat Jusco Wangsa Maju and tunggu sejam. So kitorang pun blah
ah daripada situ menuju Wangsa Maju. Dengan perut yang masih kosong, kitorang
serbu KFC seusai dirikan solat Asar. Kitorang makan dulu! Except for Adib yang
berpuasa haritu. Hmmm, berbalik kepada penantian kereta sewa. Huh, dari minit
berganti minit, jam berganti jam, tup 7.00pm. Still, takde khabar baik pasal
kereta. Whattt! Katanya pemberi sewa tu kereta still taktahu kat mana and
taktahu pukul berapa boleh sampai. T_T. Habis rumet-rumet aku naik angin. Sapa
tak marah kalau tunggu berjam-jam then kata taktahu pulak. Phuiii! So, Adib
call member beliau tanya pasal kereta sewa lain. And Alhamdulillah ada. Kereta
Persona kat Kerinchi which is just beberapa km dari CFSIIUM tu. Haih. Nasib
badan. Dari JJ Wangsa Maju ke Kerinchi punya lama pasal jalan jem gila.
Terpaksa member aku sorang tu berbuka dalam kereta. Rasa bersalah pulak aku.
Hmmm ~ Dalam pukul 8 sampai kat LRT Kerinchi. And Alhamdulillah Persona putih
berplat Kelantan dalam keadaan superb sampai. RM140 jadi mangsa ~
8.45pm – Lepas kitorang berkemas barang-barang yang
dirasa perlu, kitorang pun mulakan perjalanan 9 orang sahabat – Aku, Mock,
Adib, Muaz, Faisal, Alang, Bob, Fakhrul and Kama. Firstly destinasi kitorang is
Kajang, which is rumah kakak Mock. Beliau dah berkahwin and her husband is an
Inspector wooo! Persona dipenuhi aku, Alang, Fakhrul, Bob and Mock sebagai
driver tunggal. Myvi pulak dihuni Muaz, Kama, Adib as driver and Faisal as his
so-driver. Hoho :D Perjalanan malam kitorang berjalan lancar dengan Mock asyik
pecut je memanjang. F1 betul mamat tu. Haha XD
10.00pm – Sampai! So, kitorang masuk-masuk jumpa tuan
rumah, intai bilik nak tidor malam ni dulu. Ehh ade kucing ahh! Haha. Besar
betul kucing beliau. Mock ni memang satu family suka kucing J. Lepas dalam 20 minit
rehat, kitorang chow pegi The Mines. Bermuvi miudnight di malam ambang merdeka.
Hehe ;P . Hmm muvi-muvi yang ada takbanyak untuk dipilih so kitorang ber9 pilih
cita yang nampak best.
11.30pm – ELYSIUM! Sembilan jejaka CFSIIUM duduk seat
E9-E16. Huhu. Sebelum muvi start ada nyanyian lagu Negaraku dulu kot. Patriotik
kan tu. Haha. Overall muvi tu, hmm – 8/10 lah kot. Jalan cerita kinda best,
action dia pun mantop, ending pun menarik :) ~ Habis muvi dalam pukul 1.30pm.
Lepas bersejuk-sejuk dalam hall cinema tu kitorang gerak kedai mamak pulak. Isi
perut sikit as persiapan nak naik Broga paginya nanti. Makan sendiri-sendiri.
Bayar sendiri. Hihi ~
Seusai berELYSIUM. Hensem tak kitorang? :3 |
Menanti order... |
31 Ogos 2013, 2.30pm – Gerak balik. Before reaching
home, kitorang singgah 7E kejap beli makanan and minuman untuk bekal masa
pendakian nanti. And aku beli lampu suluh siap-siap. Hehe. Sampai rumah, semua
serbu TV. Haha. Ada match Super Cup – Bayern v Chelsea. Faisal, Muaz, Alang berjaya
tido eventhou kejap. Mock try untuk tido tapi failed. Ahaa. Yang lain ngadap tv
je. Aku? Kemas barang, pack dalam beg and also try to sleep but also failed… ~
4.30am – Gerak semua-semua yang tido and ready untuk
Broga Hill! Semua nampak excited untuk Broga Hill. Aku risau kat driver je.
Taktido then drive pulak. Sherammnyew! Hahaha XD ~ Mock lead the way. Beliau
pun taktahu jalan nak ke sana tapi dah di brief awal-awal oleh abang ipar
beliau, so our journey were ran smoothly. Alhamdulillah. Jalan kosong gila.
Mock macam biasa lah, pecut laju gilaa~ Adib agak bergelut dengan Myvi-nya.
Mock, Faisal and himself kata kereta tu kinda berat. Jalan jalan jalan. Dalam
setengah jam lepas tu kitorang sampai lah tempat parking Broga Hill tu. Dua
ringgit as parking fee. Mana ada benda free sekarang ni oi! ~
Sekeping sebelum pendakian. Bismillah... |
5.15am – First step! Kitorang mulakan pendakian
kitorang dengan bacaan doa yang di-lead-kan oleh Fakhrul. Aminnn ~ Before naik,
semua pakat beli torchlight yang ada dijual kat kaki bukit Broga tu. Act, tak
semua laa. Just most of us. Aku pun dah lupa sapa yang lead the way, tapi yang
pasti memang dah agak ramai laa kat situ. Mostly Chinese… Its pitch black out
there. Kalau takde lampu suluh, memang meraba dalam kegelapan ah korang. Aku
jalan belakang sekali dalam group kitorang. Heh 5 minit berjalan dah rasa
letih. Kurang stamina gini ah jadinyaa ~ Lepas 20 minit, pendakian mula agak
mencabar – dengan bantuan sepenuh kepada torchlight, jalan mula jadi curam.
Takde lah curam sangat tapi agak susah laa kalau tak focus. Licin and sometimes
ade lubang-lubang. Even ada yang dalam gila cenuram kat tepi laluan tu. Got to
stay focus! Kekadang group kitorang terpisah kejap sebab ramai sangat kat situ
and one of our rumet, Muaz takboleh laju sangat. Tapi aku always at the back,
defending the rest of the members. Hehe :3 ~ Satu-satu cabaran ditempuhi and
kitorang still bergerak. Yang paling susah aku rasa right before sampai puncak,
ada batu besar yang pendaki kena naik. And luckily dah ada tali besar bapak dia
terikat kat situ. So panjat dengan pegang tali tu lah. Masing-masing bagi kata
semangat untuk Muaz yang dah…. Hmm, takmelampau kalau aku kata over his
limitations. And dia berjaya jugak. Kitorang semua berjaya!
Solar jangan lupa! |
6.30am – YEAHHHH! Kitorang sampai jugak ke PUNCAK
BROGA HILL! Alhamdulillah. But agak cekewa sebab ramai sangat kat atas tu.
Pack! But it’s okay. Pemandangan sebelum subuh – perhhhh best! Dengan
bintang-bintang yang nampak jelas di langit and view lampu-lampu dari bandar
berdekatan. Woww! Indahnya ciptaan Illahi J.
Subhanallah… Kitorang stay atas tu agak lama. Rest. Lepas penat dulu and dalam
jam 0630 kitorang perform our Subuh prayer. Dengan air wudhu’ yang kitorang dah
prepare before naik tadi and sejadah yang dah di bawak aku and Mock, kami solat
di puncak Broga. Alhamdulillah ~ Lepas sudah semua solat, aku macam biasa – as official
event photographer, bergambar dulu kat puncak! Huhu. Sepanjang pendakian tadi,
tak banyak shoot pasal gelap sangat. Kat puncak tu agak happening laa. Dengan
ramainyaa. Even ada yang pasang mercun atas tu. Merdeka kann. Siap nyanyi lagu patriotik
lagi kat puncak tu. Haha. Pendaki pendaki ni sporting gilaa~
Lepas penat dulu... |
YEAHHH! Puncak Broga! 400m tinggi! |
7.03am – SUNRISE! Subhanallah. Memang best ah view
dari sini eventhou taknampak full sunrise tu tapi view cun gilaa. Tapi sayang
aku takbawak tripod untuk buat long-exposure kat situ.
7.20am – The Descend! Lepas berehat agak lama kat
puncak, kitorang pun memulakan perjalanan turun kitorang. Turun agak senang as
kitorang dah nampak apa yang kitorang lalui. Tak kena pegang torchlight bagai
dah. Huhu. Masa turun ni lagi banyak kitorang bergambar. Hehe. Dah terang kan.
Plus, background matahari naik pulak tu. Huhu. Walaupun letih, masing-masing
muka hepi je. Huhu. Masa turun ni shockingly, kitorang nampak seorang ayah
pikul anak dia yang kecik dalam 3-4 tahun gitu turun bukit. Perghhh gila
kentang! Entah camne lah dia boleh sampai atas. #respect! Masa turun aku pun
taktahu sapa yang sampai dulu. Sebab aku and Mock teman Muaz kat belakang. Masa
naik bukan main bagi kata semangat untuk Muaz, masa turun berdesssuppp laju
bebudak ni turun. Haha ~ Ape pun kitorang happy! :DD
Camwhoring masa turun :3 |
See? Ramai kann... |
8.34am – Alhamdulillah. Sampai jugak kitorang kat
bawah. YEAHHHH! Haha. 3 jam 10 minit 46 saat kitorang berjalanan start dari kat
kaki bukit, naik rest kat puncak then tiba dengan jayanya kat bawah. Perghhh
memang letih gilaa. Nak tercabut kaki ni. And paling respect Muaz ah. Aku yang
kecik ni pun perghhh rasa letih gilaa, dia mesti lagi letih gilaa - tapi kitorang semua BERJAYA TAWAN BROGA
HILL!!! Hoho :DD ~ Sampai je kat kereta, teguk air bebanyak. Puhh legaa ~ Huhu…
Lepas rehat-rehat kejap kitorang menuju destinasi seterusnya – Air Terjun
Sungai Tekala! Hohoho :3
9.30am – Sampai Air Terjun Sg. Tekala! Agak jauh
kedalam jugak laa hutan lipur ni. Letih driver-driver kitorang drive. Hehe ~
Turun kereta, serbu kedai cari makanan then enjoy the waterfall! Huhu. Before
that, masuk bayar seringgit hoii. Sebelum sampai air terjun, tangga! T_T Huu
letih gilaa main ngan tangga ni. Dah letih naik turun Broga now naik tangga
lagi. Huuu. Tapi lepas tu heaven! Terjunnnn! Hepi sakan rumet-rumet aku main
air. Tak ingat dunia. Haha. And aku of course shoot every moments! Haha. Macam
macam muka ada dalam kamira aku. Hahaha ~ Air dia takde laa dalam boleh
berenang bagai, tapi air terjun tuu syoklaa. Huhu. Melepaskan penat 3 jam tadi.
Haha :DD
Berjimba di Air Terjun Sg. Tekala |
10.30am – Done bermandi-manda. Masuk kereta. Balik
rumah Mock. Tidor! Hah tido takkira tempat. Atas lantai pun layannnn ~ penat
doe!
2.30pm – Hah?! Dah pukul 2? Pergh gila kentang. Haha.
Baru ingat nak pegi shopping petang tu kat Giant. Hancur musnah impian. Haha.
Tido tak ingat dunia semua. Lagi pulak hujan petang tu. Memang layannn ah tido
kitorang. So, kitorang mandi-mandi, solat then layan Astro kat rumah kakak Mock
tu. #nw Karate Kid. Sambil-sambil main kuceng. Haha ~ Dalam pukul 4 gitu, kakak
Mock siapkan makan untuk kitorang. Huhu. Spaghetti and nasi lauk ayam ape
entah. Dah lupa. Haha. Maklumlah kamira aku dah takde bateri mase tu and
charger pun takbawak. So takde rakaman berlaku. Thus tak ingat. Haha ~ Makan.Makan.Makan.
Lepas makan, masing-masing bawak pinggan ke dapur basuh sendiri. Siap kemas
semua lahh. Haa calon menantu yang excellent kan kitorang ni. Hahahaha :3
Dalam pukul 5.30
petang gitu, kitorang gerak balik CFSIIUM. Adib and the gang hantar Myvi dulu
then balik naik LRT. Geng-geng Persona pusing-pusing KL jap then turut sama
balik sebab geng Myvi takde kunci bilik. Haha. Lagipun driver Persona ni pun
still ngantok lagi, so baliklah. Huhu. Maghrib tu kitorang sampai bilik and
dalam jam 8 malam Muaz and Mock pegi hantar Persona dekat Kerinchi balik ~ So
camtu lah outing ekstrem kitorang minggu lepas. Best! SuperBEST!
Hopefully next time
dapat outing sesame lagi. Hoho. Actually before this takpenah pun outing
sesame. Aku duk keluar sorang je biasanya, jalan dengan kamira je. And minggu
lepas impian aku nak naik Broga terlaksana bersama geng-geng bilik aku!
Alhamdulillah program yang aku plan dengan Mock ni berjalan lancar. Thanks
guys. Thanks drivers. Thanks kakak Adib. Thanks kakak Mock and her husband. Thanks semua! :)
Yeahhh! Geng 326. And teka aku kat mana? Haha macam biasa laa, belakang kamira! :DD |
0 comments