Diriku Mahu Pergi.

Thursday, April 25, 2013

Aku.
Terhanyut oleh indahnya kehidupan dunia
Oleh godaan nafsu yang sentiasa menduga
Lalai, lupa dan leka...
Akan tujuan diamanahkan Pencipta Agung

Diriku mahu pergi.
Kepada yang lebih baik

Aku lemah...
Tatkala ujian mendatang
Ku sering jatuh tertewas
Tindak dan buat, kulaku tanpa fikir
Dan mula pedih akan kesannya kuterasa

Diriku mahu pergi.
Kepada yang lebih kental

Aku.
Tatkala malam mendatang
Sepi menyapa...
Mula ku memikirkan semula apa yang kulalui
Lantas perasaan sesal dan sedih mula menyelubungi

Diriku mahu pergi.
Kepada yang lebih berkeyakinan

Aku.
Mahu pergi dari diri ini
Diri yang sering kecundang akan ujian dan tewas akan nafsu dugaan
Aku mahukan aku yang baru
Yang mampu menggembirakan ibu ayah
Yang boleh mengharumkan keluarga
Yang berguna kepada masyarakat
Yang membawa kejayaan duniawi dan ukhrawi
Yang lebih dekat kepada Allah dan Rasul-Nya

Aku mahu pergi.



Afiq Fida'iy 
(3:20 AM | 25 April 2013)

You Might Also Like

0 comments